Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-Quran setiap hari kerana ianya adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Slain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, zikir dan berdoa juga diperlukan.
Berikut adalah cara yang paling mudah dengan mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:-
PERTAMA, Membaca secara rutin setiap malam samada selepas solat maghrib atau sesudah Isyak. Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" (walaupun ada ulama yang mentafsirkan haddis ini dalam ketagori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya)
KEDUA, Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam.
KETIGA, Membaca 3 kali selepas Subuh dan 3 kali waktu malam.
KEEMPAT, Membaca surah al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas Asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat, terutamanya rezeki.
Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkan walaupun sehari. Bacalah dengan tertib dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan membeerikan penceraha pada minda kita.


No comments:
Post a Comment