Pages

Thursday, 20 November 2014

Berhenti Merokok kerana Kasih Sayang Allah


Assalamualaikum....

Den memang perokok tegar sojak di universiti lagi. Kawan-kawan den golarkan den dongan panggilan nago sobab memang tegar betul den ni. Ponah den hisap 50 batang rokok sehari sobab nak menyiapkan tugasan den. (Bolajar Engineering tension kan). 

Tapi rahmat Allah sapo nak menyangkal. Setolah 11 tahun jadi nago, Allah menunjukkan kasih sayangnyo pado den dongan mengirimkan hambanyo yang bernamo GERD pado den. Sapo GERD tu? 

GERD ni sejonis ponyakit dalam porut yang poritnyo lagi dahsyat dari gastrik. ( Nak detail google jolah). Maso ado ponyakit ni, den raso sosak nafas, badan lomah, muntah-muntah dan raso berdobar-dobar. Maso kono ni den rasa dah tibo kot time nak mati. Den google punco penyakit den dan antaro sobab utamonyo adalah merokok. 

Tibo-tibo den teringek, banyak kali den berjanji dongan isteri nak beronti merokok tapi susah betul nak buat. Sekarang dongan kasih sayang Allah, Allah kirimkan GERD dokek den untuk den beronti. Den sodar banyak khilaf den. Pado Isteri den, den minta ampun yo sobab lambek sangat tunaikan janji. Allah hantar si GERD ni nak luruhkan doso-doso kito, sobab kitokan ado berhajat nak jadi tetamu Allah nanti, jadi sebolum jadi tetamunNyo, konolah bersih dan suci dulu......

Akhir kalam.... Berontilah merokok tu kengkawan Nago den

Tuesday, 18 November 2014

Caro Tambah Simpanan (TIPS 1)


Assalamualaikum......

Sojak akhir-akhir ni banyak den dongar keluhan kawan-kawan den tontang kenaikan taraf hidup. Antaro keluhan yang den dongar adolah susah nak menyimpan buek maso sekarang, Kalau dapek simpan RM 50 pun dah kiro banyak... 

Oleh sobab tu den nak kongsi antaro caro yang den ponah buek untuk tambah simpanan.. Alhamdulillah setiap bulan purato den boleh simpan dalam RM100- RM300 sebulan guno caro ni.

FORMULA HIJAU MONAWAN

Untuk kaedah Hijau Monawan ni ado syaratnyo... Syaratnyo kito hanyo perlu tutup mato dan jangan ambil endah tentang si Hijau ni.. 



Caronyo ialah dongan mengasingkan setiap NOT RM5 yang warna hijau tu setiap kali kito jumpo. Masukkan dalam satu bekas dan abaikan bekas tu... Labelkan bekas tu dongan namo HIJAU MONAWAN.. Lopeh tu tiap-tiap hujung bulan masukkan si Hijau tu dalam bank... InsyaAllah den dah cubo dan ado hasilnyo....

SELAMAT MENCUBO...


Monday, 17 November 2014

Den & Berbokam


Assalamualaikum....

Baru-baru ni den mengalami gastrik yang amat teruk... doktor cakap tahap 3 dah.. injap dalam perut den xleh nak tertutup. Akibeknyo, angin penuh satu badan den, tak leh nak bernafas jugolah. Oleh sobab yang domikian, den menggoogle solusi nak buang angin dan den jumpo kaedah bokam.

Kaedah ni memang menjadi sunnah Nabi Muhammad S.A.W untuk merawat penyakit. Caronyo dengan melukokan sedikit bahagian kulit badan dengan jarum ( tak sakit pon... goli jo lobih) dan darah kotor akan disedut menggunakan penyedut khas.

Lalu den pon bertanyolah sesiapo yang terrer buat bokam ni dan den jumpo Brader Zamil yang tinggal dokek puchong. Den tanyo ado tak bokam untuk gastrik, dio cakap ado dan dio sanggup ke rumah den untuk membokamkan den. Den tanyo pengorehnyo ( selalunyo orang cas ikut bekas bekam atau orang panggil cup), dan den terkojut pengorehnyo memang murah sesangat. Tapi tak po den nak tengok servisnyo pulak, berbaloi tak dongan rogo yang spesel tu.

So (cakap omputih pulak den ni) den setuju nak jumpo dio pukul 5 kek umah den. Sampai jo ko rumah den, mako operasi berbokam pun bermulo. Mulo-mulo disuruhnyo den baring dan disapunyo minyak dokek point-point bokam kek badan den. Untuk gastrik pointnyo di dopan badan ( selalu kito tengok kek belakang). Mako disodutnyo angin den dulu.... memang banyak angin den... paneh jo cup tu den raso. Selosai bokam angin dio buek pulo bokam darah ( ni yang ngori sikit ni). Di cucuknyo badan den dengan pin khas pado point bokam. Den kiro adolah lobih dari 20 point bokam dio buek kek badan den ni ha. Dalam seminit macam tu den tengok dah banyak darah dan angin yang keluar.. badan den raso ringan sikit.

KEPALO DEN DI BOKAM

Bilo habis jo operasi bokam, dio offer den 1 point dokek kepalo. Katonyo itu point yang paling bagus untuk merawat penyakit, tapi ramai yang tak nak buat sobab kono cukur kepalo. Tapi den kisah apo cukur kepalo janji badan den sodap. Mako den pun bueklah bokam kek kepalo. Bilo cup mulo menyodut darah kek kepalo den, den raso macam nak tercabut kepalo ni ha, tapi bilo selosai jo... perghhh.. sodapnyo bukan main, ringan kepalo den ni ha... 

Bagi sapo-sapo nak try bokam untuk kesihatan badan korang den nak rekomen brader Zamil ni... servis tiptop dan harga memang terbaik... den dah kiro kalo orang amek RM5 untuk 1 cup, kalo 20 cup dah seratus.... Brader tu buek dokat den dalam 25 cup cumpo RM60 jo, siap datang rumah...

Nak try dongan brader Zamil boleh call dio ............ 0173128036


Tips Tangani Stress


Assalamualikum...

Den nak crito, baru-baru ni den menghidapi menyakit "panic attack". Akibatnyo den sosak nafas dan badan den krem terus. Bilo den tanyo doktor apo sobabnyo, dio bagitau punconyo dari stress yang melampau. Oleh sobab den tak nak korang jadi macam den, den usoho jugo cari tips tangani stress untuk korang... Moga bermanfaat..

1) Senaman Pernafasan
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.                                                                 
3) Penggambaran
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

4) Pengurutan (Massage)
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

5) Kelegaan otot
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

6) Muzik
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

7) Pengurusan masa
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Oleh itu den nasihatkan sentiaso berfikiran positif supayo tak stress...

Sumber: KLIK SINI

Cuti Sekolah Zaman Den Dulu-Dulu


Assalamualaikum....

Tak lama lagi cuti sekolah pun bermula. Maka banyaklah aktiviti akan difikirkan oleh budak-budak untuk mengisi kebosanan mereka ketika cuti nanti. Impaknya tentulah pada ibu bapa kerana perlu memenuhi kehendak anak-anak tercinta.

Maso den budak-budak dulu, time cuti skolah selalunyo penuh aktiviti den dengan aktiviti yang berguno. Dari pagi sampailah ke potang den dongan kawan-kawan den memang busylah. Kalo nak jumpo den kono buek appointment. Dokat sini den nak crito sikit apo aktiviti yang den buat time cuti sekolah... Rasonyo banyak aktiviti ni budak-budk sekarang tak tau dan ado yang diorang tak pornah tau.

1) Konda-kondi:-

Ini permainan yang paling den suko. Caro nak mainnyo kono buat 2 team. Sotiap team adolah dalam 3 ke 4 orang macam tu. Ado team menyorang dan bertahan. Team menyorang kono menyungkit kayu supayo tak dapat ditangkap oleh pihak bertahan. Jiko kayu ditangkap mako team menyerang konolah bertukar tompat dengan team bertahan.

2) Gasing

Rasonyo sekarang pon ado laie budak-budak main gasing. Tapi selalunyo diorang boli kek kodai. Tu pon gasing plastik, mano ada trill gasing plastik. Gasing den dulu den buek sendiri pakai kayu pokok jambu batu. Kebetulan ayah den tukang kayu, mako sonanglah den nak dapat alatan membuek gasing den sendiri.

3) Jerat Ayam Hutan

Ini yang paling thrill dan yang paling den paling x suko sobab kono libas dongan arwah ayah den lopeh tu. Merbahayo katonyo, silap-silap kono sorok kek orang bunian hahaha.

4) Galah Panjang

Kalau geng den ramai, mako untuk berlaku adil den mencadangkan untuk bermain galah panjang. Makonyo semuo boleh main dongan gembironyo.

5) Baling Selipar
 Permainan ni memang menghilangkan tress sobab boleh baling selipar sekuek hati den kalo den x puas hati dongan kawan den hehehe. Tapi siap sediolah untuk menerimo bokeh selipar kek badan.

Rasonyo itu jolah dulu... Kalau diikutkan ado seratus lagi aktiviti den dulu tapi den ponat menaip jadi den bagi limo jo dulu. Sekali den terkonanglah pulak..

Sunday, 16 November 2014

3 Tips Hadapi Temuduga

Assalamualaikum....

Semakin lama semakin ramai graduan yang cuba mencari pekerjaan baik di syarikat swasta mahupun kerajaan. Paling best jika kita dapat panggilan temuduga bagi jawatan yang kita idamkan. Aku nak kongsi sedikit tips bagaimana kita nak menghadapi penemuduga ketika sesi temuduga nanti

TIPS 1

Penampilan:-
Semasa hadir ke tempat temuduga personaliti kita mestilah kemas dan memberi keyakinan kepada penemuduga. Pakai pakaian yang sesuai, ringkas, kemas dan tidak terlalu menonjol.

TIPS 2


Kemahiran Interpersonal:-
Kemahiran ini adalah kebolehan kita untuk berinteraksi dengan penemuduga. Ianya termasuk cara kita menjawab soalan, bahasa tubuh (Body Languange) dan eye contact kita dengan penemuduga.

TIPS 3


Jangan terlalu pandai dan jangan terlalu bodoh
Semasa temuduga jangan menjawab soalan seperti kita tahu semuanya. Namun jangan pula kita buat2 tak tahu sebab nampak sangat seperti kita tak boleh diharap... Jalan selamat jika tak tau ialah dengan menjawab " Pada pendapat saya ........ dan saya akan cuba belajar jika ada yang saya kurang mahir.

Sebab jangan tunjuk pandai ialah kerana... jika berbuat begitu tak ,mustahil penemuduga menganggap anda akan melawan mereka satu hari nanti... Jadi buat sederhana je dan jangan menonjol.

Ini sedikit sebanyak tips untuk anda, harap ianya dapat membantu anda sedikit sebanyak... Jika nak detail tentang persediaan temuduga Kerajaan ==> KLIK SINI

Kenali Bakat Anak Anda


Assalamualaikum... dan salam sejahtera

Dewasa ini ibu bapa menginginkan anak mereka berjaya di dalam akademik dan menjadi seorang yang berguna dan dihormati satu masa nanti. Namun sedar atau tidak terdapat perbezaan untuk setiap anak anda. Sebagai contoh walaupun pasangan kembar seiras tidak memiliki karektor yang sama bahkan terlalu berlainan. Oleh yang demikian pemerhatian untuk mencari potensi sebenar anak anda amatlah penting bagi memastikan anak kita dapat berjaya dengan potensi yang betul.
Kesilapan mengenal potensi anak, boleh memudaratkan si anak itu sendiri. Sebagai contoh anak yang aktif bersukan dan berpotensi untuk menjadi atlet yang hebat dipaksa menjadi seorang penulis yang agak pasif sifatnya. Pastinya berlaku pemberontakan mental dan fizikal kepada si anak. Oleh yang demikian kenali potensi anak anda.. Disini disertakan beberapa contoh Kecerdasan bagi manusia. Setiap manusia mungkin mempunyai 1 atau lebih kecerdasan... Yang mana satu potensi anak anda?
1.Kecerdasan Linguistik.

Jika kamu merasa bahagia dengan kegiatan menulis membaca menyimak dan berbicara dan kamu melakukannya dengan santai. Kamu menyukai menghafal informasi dan menambah kosakata kamu juga hebat bercerita
2.Kecerdasan Musikal

Kamu bisa mendeteksi ritme pola dan tempo pada hal-hal yang tampaknya tidak memiliki faktor-faktor tersebut -seperti kicau burung suara jengkerik- Kamu bisa mendengar nada dan titi nada dan mungkin kamu punya bakat dalam memainkan satu alat musik atau lebih. Kamu menyukai banyak jenis aliran musik
3. Kecerdasan Logika Matematika

Kamu secara naluriah meletakkan segala sesuatu di tempatnya dan mampu memahami penjumlahan -seringkali di luar kepala. Angka dan rumus matematika adalah hal sepele bagi kamu kamu suka sekali permainan yang menantang otak permainan logika game dan komputer.
4. Kecerdasan Visual-Spasial

Kamu langsung tahu jika ada bangunan atau lukisan atau orang yang kurang simetris. Jika kamu atlet kamu bisa menentukan dengan hampir sempurna berapa derajat yang dibutuhkan untuk mencetak angka untuk masuk ke gawang atau ring basket. Kamu bisa secara imaginer memutarbalikkan bentuk-bentuk rumit dan kamu bisa menggambar apapun yang kamu lihat. Kamu jago membongkar dan merangkaikan kembali barang-barang dan kamu.maniak dengan game!
5. Kecerdasan Tubuh Kinestetik

Kamu ahli menangangi dan memanipulasi objek selain itu kamu mampu menggerakkan tubuh dengan anggun dan santai. Kamu suka sekali melatih tubuh hingga mencapai kondisi terbaik dan kamu mungkin bisa menirukan rang lain dengan sempurna. Kamu mungkin berbakat dalam satu jenis kerajinan tangan atau lebih -memahat menjahit menenun dll
6. Kecerdasan Interpersonal

Kamu bisa memahami orang lain dengan mudah mengetahui suasana hati dan perasaan mereka. Kamu seorang pemimpin alami dan mediatormu. Kamu bisa menghentikan pertengkaran antara dua teman kamu dan masih bisa menjalin hubungan baik dengan keduanya
7. Kecerdasan Intrapersonal

Kamu paham benar tentang diri kamu sendiri. Kamu amat mengerti akan perasaan mimpi dan ide yang kamu miliki dan kamu setia pada sasaran hidup kamu. Kamu suka menulis jurnal/ buku harian/ blog.
8. Kecerdasan Naturalis

Kamu merasakan adanya kaitan yang mendalam antara jagat raya dan penghuninya -tumbuhan dan binatang. Kamu suka meneiliti dan mengamati dunia luar. Kamu berbakat dalam berkebun dan memasak
9. Kecerdasan Eksistensial

Kamu suka sekali dan memiliki bakat bergulat dengan pertanyaan-pertanyaan sulit. Seperti hakikat hidup hakikat mati siapa kita sebenarnya kenapa kita hadir di dunia ini dan kenapa dunia ini tercipta.
10. Kecerdasan Spiritual

Kamu amat sensitif dan memiliki minat pada hal-hal yang bersifat spiritual dan religius. Mungkin juga kamu pernah mengalami pengembaraan spiritual dan pencerahan. Atau bentuk lain yaitu kamu bisa merasakan kehadiran “makhluk lain”.

Kenalan, Kawan dan Sahabat


Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku diberi rezeki oleh Allah berupa sakit yang agak berat. Aku mengalami gastrik yang amat teruk sehingga menyebabkan kesukaran bernafas yang membawa kepada "anxiety attack". Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Disitu aku mula kenal siapa kenalan, kawan dan sahabat.

Memang benar kata orang jika ingin mengetahui siapa sahabat kita lihatlah ketika kita susah dan tidak punya apa-apa. Pada ketika itu topeng yang menutup muka manusia akan diturunkan, maka terserlahlah wajah mereka yang sebenar.

Definisi aku tentang kenalan, kawan dan sahabat mengikut pengamatan aku adalah seperti berikut:-

KENALAN

Kenalan adalah mereka yang hanya mengenali kita yang muncul ketika kita ada kelebihan dan meninggalkan kita bila kita tidak punya apa-apa.

KAWAN

Kawan pula mereka yang mengambil tahu tentang kita. Namun perhatian mereka hanya sekadar ingin tahu tanpa ada usaha untuk membantu.

SAHABAT

Sahabat adalah mereka yang sanggup membantu kita dikala kesusahan, bersama-sama kita mengharungi masalah yang kita hadapi.

Ini adalah ringkasan tentang kenalan, kawan dan sahabat. Jangan terkejut jika keluarga anda sendiri hanyalah kenalan anda sahaja dan bukannya Sahabat.

Monday, 5 May 2014

Kunci Rezeki


Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-Quran setiap hari kerana ianya adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Slain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, zikir dan berdoa juga diperlukan.


Berikut adalah cara yang paling mudah dengan mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:- 

PERTAMA, Membaca secara rutin setiap malam samada selepas solat maghrib atau sesudah Isyak. Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" (walaupun ada ulama yang mentafsirkan haddis ini dalam ketagori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya) 

KEDUA, Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam. 

KETIGA, Membaca 3 kali selepas Subuh dan 3 kali waktu malam. 

KEEMPAT, Membaca surah al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas Asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat, terutamanya rezeki. 

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkan walaupun sehari. Bacalah dengan tertib dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan membeerikan penceraha pada minda kita.