Assalamualaikum....
Semakin lama semakin ramai graduan yang cuba mencari pekerjaan baik di syarikat swasta mahupun kerajaan. Paling best jika kita dapat panggilan temuduga bagi jawatan yang kita idamkan. Aku nak kongsi sedikit tips bagaimana kita nak menghadapi penemuduga ketika sesi temuduga nanti
TIPS 1
Penampilan:-
Semasa hadir ke tempat temuduga personaliti kita mestilah kemas dan memberi keyakinan kepada penemuduga. Pakai pakaian yang sesuai, ringkas, kemas dan tidak terlalu menonjol.
Kemahiran Interpersonal:-
Kemahiran ini adalah kebolehan kita untuk berinteraksi dengan penemuduga. Ianya termasuk cara kita menjawab soalan, bahasa tubuh (Body Languange) dan eye contact kita dengan penemuduga.
Jangan terlalu pandai dan jangan terlalu bodoh
Semasa temuduga jangan menjawab soalan seperti kita tahu semuanya. Namun jangan pula kita buat2 tak tahu sebab nampak sangat seperti kita tak boleh diharap... Jalan selamat jika tak tau ialah dengan menjawab " Pada pendapat saya ........ dan saya akan cuba belajar jika ada yang saya kurang mahir.
Sebab jangan tunjuk pandai ialah kerana... jika berbuat begitu tak ,mustahil penemuduga menganggap anda akan melawan mereka satu hari nanti... Jadi buat sederhana je dan jangan menonjol.
Ini sedikit sebanyak tips untuk anda, harap ianya dapat membantu anda sedikit sebanyak... Jika nak detail tentang persediaan temuduga Kerajaan ==> KLIK SINI


No comments:
Post a Comment